Picturesque Post

Assalamualaikum silent readers.

Hoping you guys are doing  just fine. So, these past few weeks has been bloody hectic. Macam macam hal jadi, macam macam hal nak kena fikir. Tapi dalam kesibukan tu jugak menyempat nak usha macam macam. Strayed away dari kerja sebab sendiri yang mudah ter-distract dengan socmed (mostly) haha. Jadinya bila kau banyak ter-distract dari kerja, mulalah macam macam kau nak buat. Clear kan memory phone, transfer lagu, eh banyak benda yang kau boleh buat masa senggang tapi time kau nak buat kerja lah paling ngam timing dia. Mengada betul (bukan aku tapi mood ni).

So, tadi aku ada cakap pasal clear kan memory phone kan? Haa sebab phone aku dah lembab mengalahkan sloth -- haiwan paling malas, paling slow sebab dalam masa seminit, dia bergerak dalam anggaran 4 meter je weh (ini aku google so further info baca sendiri lah ye). Jadinya bila kau clear kan memory, adalah tercampak balik kenangan gambar gambar yang ada gituu. Betul lah kata Yuna kat dalam iklan kamera Canon tu (kot) -- there's a story behind every image. Camtu kot quote nya. Entah aku main hentam hahahahaha sorry tak buat research pulak pasal hal ni.



Ah this is so me during my lone time ! Sedap weh kopi tu. Tapi cadar katil tak plain.
Nanti boleh beli satu plain warna gini. Nice pulak.


As per every image yang ada, aku tatap dulu (gambar biskut pun aku tatap pejadah dia?). Ada few gambar yang aku rasa dah delete habis. Sangkaan meleset. Maybe sebab masa delete aku tak buang dari root file so yup it still there. Pheww pahit jugak tapi tak sepahit dulu sebab tekak aku memang perit seminggu ni dan segala aku telan itulah rasa dia. Pastu jumpa gambar kau konvo tingkatan 5, woi memasing jadi insan berjaya sekarang. Muka dulu memasing sememeh sekarang semua peloleshhh gituuu. Good thing, Seronok tengok kengkawan kau berjaya dalam haluan masing masing. Ada jugak terselit secebis perasaan cemburu. Kadang terfikir, bestnya kalau aku pun jadi macam dia. Bestnya dia ni dah kahwin. Bestnya dia ni travel merata. Semua yang kengkawan kau buat, kau rasa best, Kau mula compare dengan apa achievement kau setakat ni. Tak banyak.

Then mula lah rasa macam lambatnya kau punya progress. Orang lain dah ada kereta, dah ada kerja tetap, ada yang dah nak habis degree, ada yang nak kahwin. Kau masih di takuk itu je. Sedih bukan? Kejap jelah mood swing macam tu, Sebab aku teringat satu phrase yang aku baca kat twitter ; Semua orang berada dalam zon masa sendiri. Zon masa yang tuhan dah create dengan sangat indah, Percaturannya sempurna. Bila benda tu terjadi, maka itu semua dibawah kehendakNya. So, aku reflect balik diri aku. Walaupun aku duduk dekat takuk yang tak berapa maju berbanding yang lain, tapi atleast aku keep moving forward. Aku selesa dengan zon masa aku.

Dan aku sedar, kesilapan diri adalah apabila kau banyak mengeluh dan merungut, Dalam diam sebenarnya ada je secebis intipati dalam diri yang sering komplen memacam.Wishing your life could be better, wishing for this and that, blaming certain people for what had happened and so on. Aku silap. Percaturan aku banyak khilaf. Aku lupa yang kita sekadar merancang, Dia yang tentukan segalanya. One night, aku berbicara dengan seorang hamba Allah. Kata kata masa pillowtalk malam tu menyentuh hati ni. Deep bicaranya walaupun kedengaran santai. Sebab aku rasa as far as I come for this year, aku macam lost. Aku tak nampak halatuju aku dengan clear sebab few things confusing my mind. Aku fikir, mungkin pillowtalk malam tu cara Dia nak tegur diri aku supaya sentiasa perbaiki diri. Dan sentiasa ingat pada Dia. 

So from that night until this moment, aku harap dan sentiasa berdoa agar apa jua keputusan yang aku buat tak kira mengenai apa, harapnya itulah pilihan terbaik untuk ku. Pilihan yang Dia dah tetapkan, makanya itulah yang terbaik untuk diriku. Moganya diri ini terus istiqamah dan berusaha untuk perbaiki diri. At the end, apa kau buat ni sebenarnya untuk diri kau sendiri jugak. 



p/s : Sebenarnya overwhelmed dengan post kali ni sebab aku main curahkan apa yang crossed my mind (mostly, but not everything). Contengan kali ini mungkin agak merepek (?) atau pun sebenarnya tidak (?).

Comments

Popular Posts